Supporter > Shirley Roger Mosuyun

How do you see Sabah now?

Saya melihat Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, tetapi ia belum mencapai potensi dengan sepenuhnya. Ia mempunyai banyak faedah untuk ditawarkan, sumber semula jadi, kepelbagaian alam semula jadi, budaya unik dan sebagainya. Entah kenapa terasa bahawa Sabah terus diketepikan/ditinggalkan dan dipinggirkan oleh kuasa-kuasa yang ada. Bagaimana pula pada zaman ini, rakyat Sabah masih mengalami gangguan bekalan air dan elektrik yang berterusan?

What is the way forward for Sabah?

Jalan ke hadapan adalah kita bersatu padu dan memberi tumpuan kepada peningkatan kehidupan umum dan kesejahteraan rakyat Sabah. Tujuannya ialah supaya Sabah tidak ketinggalan dari segi infrastruktur asas (komunikasi dan pengangkutan, kumbahan, air, sistem pendidikan, sistem kesihatan, air minuman bersih).
Seterusnya, kita harus setara dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia untuk gaji minimum asas (adalah tidak musabah apabila difikir walaupun kebanyakan barang lebih mahal di Sabah daripada di Semenanjung Malaysia, gaji minima di Sabah adalah lebih rendah daripada di Semenanjung Malaysia).
Rakyat Sabah mesti terlebih dahulu percaya bahawa kita adalah rakan kongsi yang setara di Malaysia dan diperlakukan sedemikian rupa. Kita tidak boleh ‘dibuli’ untuk menerima apa-apa yang kurang.

Shirley Roger Mosuyun, Surirumah

from Penampang, Sabah and lives in Kuala Lumpur

Shirley Roger Mosuyun is wearing a Sabah Way Forward t-shirt in support of our crowdfunding campaign.

#sabahwayforward #sabahwayforwardShirleyRogerMosuyun #sabahwayforwardtshirt #sabahwayforwardcrowdfunding #sabah #sabahan